Mesti ramai yang berminat nak tahu cara untuk kurangkan berat badan dalam tempoh 2 minggu.
Bawah ini saya kongsikan pengalaman saya sendiri berjaya kurangkan berat badan 5kg dalam tempoh 2 minggu tanpa bersenam.
Berat dari 68.5kg – 63kg = 5kg tanpa bersenam.
Sudah lama bertangguh untuk kurangkan berat badan ni sejak selepas berkahwin.
Lama-kelamaan perut pun makin buncit dan semakin jelas bila pakai baju t-shirt atau jersey. Tengok gambar-gambar, semua perut nampak ke depan.
Sedar je itu satu masalah, tapi macam tak kisah sangat. Lagipun dah kahwin… (ayat sedapkan hati)
Cuba baca perkongsian saya ni, tak sampai 5 minit pun. Mungkin dapat membantu anda kurangkan berat badan macam saya.
SEBAB KENAPA SUSAH NAK BERUBAH
Pertama, antara faktor suka bertangguh nak kurus ni saya rasa sebab ‘mindset‘ tidak cukup kuat untuk berubah.
Mindset saya tak cukup kuat untuk tinggalkan habit suka makan, kerap makan, makan sampai kenyang, tak banyak bergerak dan malas bersenam.
Kedua, sebab habit saya memang tak suka bersenam kerana selalu sibuk dengan kerja, bekerja depan komputer kadang lebih 8 jam sehari! Tak sedar masa berlalu pantas, sedar-sedar dah malam.
Ketiga, saya tak anggap berat badan naik ni satu masalah besar dan tak perlu dirisaukan.
KESEDARAN BERMULA
Sehinggalah sampai satu ketika saya dah mula tersedar, iaitu semasa saya nak solat sunat sebelum Jumaat.
Saya duduk antara dua sujud selepas solat, sekejap saja tapi dah rasa lenguh dan sakit kaki. Duduk tak sampai 5 minit!
Kemudian duduk tahiyyat akhir masa solat Jumaat pula, badan tak boleh senget sebab lemak di perut dah menebal 1 layer yang besar. Kaki masih terasa lenguh lama kena tindih.
Habis saja solat, terfikir sendiri “huishh dah teruk perut aku ni, badan rasa berat lain macam”.
Lepastu bila berjalan kaki cepat lenguh sebab rasa badan dah berat. Kadang-kadang cepat letih dan rasa sesak nafas bila lepas makan nasi.
BINA MINDSET NAK BERUBAH
Bila dah rasa terbeban, badan rasa makin berat, pakai baju semua nampak perut buncit, kaki makin lenguh dan mula risau kena penyakit kronik.
Jadi saya pun cakap pada diri sendiri depan cermin, “aku kena berubah ni, kalau tak makin teruk nanti susah”.
Memang saya setiap kali tengok cermin, saya akan tengok leher dah makin hilang dan perut buncit, saya akan cakap pada diri sendiri “kena berubah, kena berubah”.
Jadi saya pun cari tips-tips yang mudah untuk bermula. Saya cari tips yang paling senang, ringat dan mudah je. Antara tipsnya saya akan kongsikan di bawah ni.
CARA BERMULA NAK DIET
Nasihat saya, jika nak diet yang istiqamah, jangan terus mula dengan diet berat macam tak makan malam, tak makan nasi, tak minum manis dan kawal ketat sangat pemakanan.
Percayalah, kalau buat macam tu, diet takkan bertahan lama dan akan rasa cepat putus asa.
Jadi cuba ikut tips saya ni. Saya ni jenis suka makan nasi, jika tak makan nasi sehari saya rasa tak keruan, rasa lapar dan menggeletar. Memang jenis perut kena makan nasi!
Lepastu memang suka minum manis, macam susu kotak tu, 3-in-1, kopi segera dan air manis yang lain. Ada yang macam saya tak?
TIPS DIET PERMULAAN
Anda boleh cuba menu makanan macam yang saya amalkan dalam tempoh 2 minggu diet.
Mindset kita ni tak lama jika tak dididik dengan cepat, dia akan jadi lemah dan biasanya kita boleh bersabar sekejap je tahan nafsu makan ni.
Menu yang saya kongsikan ini, anda makan yang mana ada saja atau berbelanja sikit untuk makanan yang sihat.
Sarapan Pagi – antara 7.00 – 9.00 pagi
1. Saya makan roti wrap harga RM5.20 (ada 8 keping) / barley flakes
2. Lepastu letak inti telur goreng 2 biji atau ayam potong kecil
3. Sayur salad/sawi
4. Minum air kosong / dark chocolate
Makan Tengahari – antara 12.00 – 2.00 petang
1. Nasi 1/4 pinggan
2. Ikan/ayam 1/4 pinggan
3. Sayur 2/4 dan buah
4. Kurangkan makanan berkuah
5. Minum air kosong
Makan Malam – antara 7.00 – 8.00 malam
1. Saya makan roti wrap harga RM5.20 (ada 8 keping)
2. Lepastu letak inti telur goreng 2 biji atau ayam potong kecil
3. Sayur salad/sawi
4. Minum air kosong / dark chocolate / jus buah
Snacking : Makan Luar Waktu Makan (10.00 – 11.00 pagi, 4.00 – 5.00 petang dan 10.00 – 11.00 malam)
1. Blender buah dengan barley flakes / oat (buah naga, pisang, kiwi, epal) / potong buah
2. Chia seeds
3. Madu
4. Air kosong
PERHATIAN
Dalam tempoh 2 minggu diet ini, ada beberapa makanan larangan, elakkan atau wajib dikurangkan!
1. Gula : jangan ambil gula putih langsung atau minuman manis macam susu kotak, air berkarbonat seumpamanya.
Gantikan dengan madu asli sebab gula ni boleh tambah lemak dalam badan jika anda malas bersenam.
2. Garam : jangan ambil garam/MSG, boleh ganti dengan lada hitam atau natural yeast. Sebab garam ni boleh buatkan anda cepat rasa dahaga.
1. Tak perlu stress
2. Jaga tidur, sebaiknya pukul 11.00 malam dah masuk tidur sebelum pukul 12.00 tengah malam
3. Jangan berlapar, makan snacking sihat seperti di atas
4. Minum air dengan cukup setiap hari
MOTIVASI
2 minggu ni sekejap saja sebenarnya. Kita akan rasa susah sikit nak diet ni 3 hari je biasanya lepastu dah ok.
Enjoy the process, tak ada siapa nak marah pun. Kita diet nak kuruskan berat badan ni untuk diri kita sendiri je, bukan untuk orang lain.
Kalau ada pendorong seperti kawan, keluarga atau pasangan lagi bagus. Ada orang paksa dan ingatkan kita.
Perkongsian tambahan saya sikit lagi tentang 5 makanan tambahan yang saya ambil sebagai pengganti makanan tak sihat sebelum ni.
Saya amalkan Vegan Dark Chocolate keluaran OCOC, pengganti minuman manis yang sihat. Bebas gula putih, diperbuat daripada santan, herba ginkgo biloba dan gula kelapa. Memang sedap, bantu tidur lebih nyenyak juga.
Lepastu saya amalkan juga MCT Oil OCOC. Minyak MCT ni tak rasa apa-apa dan warna jernih, 7x ganda lebih baik dari minyak kelapa biasa.
Bertindak sebagai pembakar lemak semulajadi tau! Lepastu bantu lebih senang berak dan penghadaman lebih baik.
Barley Flakes sebagai oat untuk sarapan dan snacking yang mengenyangkan. Paling best, rasanya sedap dan daripada bahan organik.
Memang lezaat dan bergizai! Nyumm nyumm nyumm, aumm.. siaaapp!
Lagi dua, saya ambil supplemen Nutrilite Amway iaitu Lecithin E dan Green-T+.
Memang sangat baik untuk bantu hancurkan lemak tepu dan cairkan lemak di perut. Selain bantu bersihkan usus secara selamat dan organik.
Itu saja tips perkongsian saya. Saya doakan anda berjaya kurus dan jadi lebih sihat. Lepasni kita sama-sama bina mindset untuk rajin bersenam pula ya!
Senaman ni penting untuk otot, jantung dan semua organ dalaman kita. In shaa Allah, jom mulakan lepasni!
Ahmad Afifi
Kota Bharu, Kelantan